(google image)
Orang
selalu cakap hidup ini tak selalunya indah, langit tak selalunya cerah, ku
sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari, hidup ibarat roda
kadang di atas dan kadang di bawah..itulah interpretasi manusia tentang
kehidupan dan itulah realitinya kehidupan di dunia ini. Satu ja falsafah yang perlu
dipegang kita adalah manusia biasa dan kita adalah hamba Allah. Allah berhak ke
atas kita. Allah berhak untuk menguji kita. Jangan sesekali kita merasa bahawa
diri kita ini baik dan tidak layak untuk diuji. Jangan sesekali mempersoalkan kenapa
kita diuji sedangkan kita dah berusaha jadi hamba Allah yang terbaik. Selaku
manusia biasa yang mana imanya seperti roller coster kejap naik kejap turun
kadang kala mesti akan berasa sedih terhadap sesuatu ujian yang melanda hidup.
Ujian Allah itu mungkin satu teguran Allah buat diri kita yang kadang kala
lalai atau merasa diri itu baik. Ujian juga mungkin pentunjuk dari Allah buat
diri kita. Setiap Ujian itu tersembunyi seribu satu hikmah yang kadang kita
tidak sedar tetapi jangan terlalu taksub untuk mencari hikmah disebalik ujian
tersebut kerana hikmah itu kadang tidak terlihat pada masa sekarang.
Jadi jangan terlalu mempersoalkan apakah hikmah disebalik sesuatu ujian yang
dihadapi kerana bila mana kita tidak nampak apakah hikmah di sebalik semua ini
kita akan mempersoalkan mengapa Allah mendatangkan sesuatu ujian buat kita.
Jadi pesan pada diri PERCAYALAH PADA ALLAH, YAKINLAH DENGAN ALLAH.
#Pesanpadadiri #fikirtentangkehidupan #cakapmemangsenangnakamaltuyangsusah

