Sunday, August 12, 2018

Cerita Hati

Assalamualaikum..Ya Allah lama betul ceq tak buka blog ni. Hampir lupa akan kewujudan blog ni. Entah mengapa tertiba teringat dkt blog ni. Jadi nak coretkan la sesuatu. Sebenarnya tak ada benda yang penting pon nk tulis tapi entahlah cuba ingin coretkan kekeliruan hati sejak kebelakangan ini. Tak tahu macam mana nak cakap tapi mungkin kesalahan itu bermula dari diri sendiri.Aaah hati pon tengah keliru kan mana mungkin sel-sel otak berhubung untuk menyusun kata.huhuhu

Wednesday, March 8, 2017

Peringatan





Hari ini macam-macam hal terjadi, dan semua masalah ini berpunca dari diri aku sendiri. Pertama suka sangat bertangguh sampai last sekali menyusahkan diri sendiri dan orang lain. Sebab apa jadi macam ni?sebab selalu sangat biar diri tu berada di zon selesa. Muhasabah diri untuk hari ini dan sebagai pengajaran buat hari akan datang. Nani please love ur self…

Sunday, January 15, 2017

KEPERCAYAAN



                                                                                                              (google image)

Orang selalu cakap hidup ini tak selalunya indah, langit tak selalunya cerah, ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari, hidup ibarat roda kadang di atas dan kadang di bawah..itulah interpretasi manusia tentang kehidupan dan itulah realitinya kehidupan di dunia ini. Satu ja falsafah yang perlu dipegang kita adalah manusia biasa dan kita adalah hamba Allah. Allah berhak ke atas kita. Allah berhak untuk menguji kita. Jangan sesekali kita merasa bahawa diri kita ini baik dan tidak layak untuk diuji. Jangan sesekali mempersoalkan kenapa kita diuji sedangkan kita dah berusaha jadi hamba Allah yang terbaik. Selaku manusia biasa yang mana imanya seperti roller coster kejap naik kejap turun kadang kala mesti akan berasa sedih terhadap sesuatu ujian yang melanda hidup. Ujian Allah itu mungkin satu teguran Allah buat diri kita yang kadang kala lalai atau merasa diri itu baik. Ujian juga mungkin pentunjuk dari Allah buat diri kita. Setiap Ujian itu tersembunyi seribu satu hikmah yang kadang kita tidak sedar tetapi jangan terlalu taksub untuk mencari hikmah disebalik ujian tersebut kerana hikmah itu kadang tidak terlihat pada masa sekarang. Jadi jangan terlalu mempersoalkan apakah hikmah disebalik sesuatu ujian yang dihadapi kerana bila mana kita tidak nampak apakah hikmah di sebalik semua ini kita akan mempersoalkan mengapa Allah mendatangkan sesuatu ujian buat kita. Jadi pesan pada diri PERCAYALAH PADA ALLAH, YAKINLAH DENGAN ALLAH.
#Pesanpadadiri #fikirtentangkehidupan #cakapmemangsenangnakamaltuyangsusah

Saturday, January 7, 2017

P.E.R.A.S.A.A.N





Dalam hidup ini kadang-kadang...bila kita terlampau fikir perasaan orang.... sampaikan kita terpaksa korbankan perasaan sendiri.
Kadang-kadang dalam kita berusaha nak jaga hati orang ada juga hati yang terluka.
Kadang-kadang bila kita cuba buat keputusan untuk diri sendiri pun ada juga hati juga yang terluka

Kesimpulannya hati ini juga terluka

Kadang-kadang terfikir juga perasaan / hubungan dengan manusia ingin sangat dijaga...takut kalau kalau mereka terluka tetapi  hubungan dengan Allah? Adakah benar benar dijaga agar Allah tidak murka dengan kita?
Mungkin ini terjadi akibat kita tidak menjaga hubungan kita dengan Allah
Ya Allah hati2 ini milikMu 
Peliharalah hati hati ini agar sentiasa dekat dengan Mu
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang tidak diketahui oleh hambaMu

#akupendosa
#akumanusiabiasatidaksempurna


Wednesday, December 28, 2016

Life is a Journey


Bismillah..for my first entry I just want to say life is journey… As a muslim, life is about our journey from Allah to Allah.